BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 18, 2010

ANTARA BERJAYA DAN GAGAL


Manusia dilahirkan untuk berjaya. Setelah mengharungi kesusahpayahan selama lebih kurang 280 hari, maka manusia dilahirkan dan bermulalah kejayaan pertama yang dikecapinya. Maka dengan itu setiap dari kita adalah mereka yang berjaya, samada kita berhasil atau belum berhasil (gagal=pengalaman) maka kita tetap berjaya. Yang membedakannya adalah perasaan kita terhadap keadaan tersebut.

MEREKA YANG BERJAYA BERTINDAK MEMBUKTIKANNYA
Mereka yang (gagal=pengalaman) sentiasa mencari alasan.

MEREKA YANG BERJAYA SENTIASA BELAJAR DARI KEGAGALAN
Mereka yang (gagal=pengalaman) mudah putus asa dn menyerah kalah.

MEREKA YANG BERJAYA BERTINDAK MENCARI APA YANG TIDAK TAHU
Mereka yang (gagal=pengalaman) sentiasa berfikir mereka lebih tahu.

MEREKA YANG BERJAYA MEMBUKA PINTU HATI MEREKA
Mereka yang (gagal=pengalaman) menutup pintu hati mereka.

Perlakuan ini dibentuk oleh cara mereka berfikir dan diperkuatkan dengan perkataan-perkataan yang diungkapkan seterusnya membentuk tingkahlaku.

1 comments:

samiihah said...

kita yg mnntukan kjayaan kita.bak kata kak aisyah..semuanya bmula dr mind set..

--ttbe tringat lagu..jika kau fikir kau boleh..lalala--hehe