BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 22, 2008

Mari ucapkan HAPPY BIRHTDAY !! 22 January

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

HAPPY BIRTHDAY TO YOU.. HAPPY BIRTHDAY!!! Untuk Bibi Farizan @ Fifi dari FUB-SuperMalaysianKids, kak Aishah n Abang Din, kak Mas dan kak Mas semua yang menyayangimu dan mendoakan kejayaan Fifi. Paling penting kepada ibu yang telah mengandung dan melahirkan Fifi salam sayang kami untuk ibu Fifi juga. Moga sekeluarga dirahmati Allah dunia dan akhirat, panjang umur dalam kebaikan murah rezeki yang halal dan berkat, dan moga mencapai matlamat 9A PMR 2008. Ingat, apabila anda FOKUS UNTUK BERJAYA anda mampu melakukannya! Happy BIRTHDAY...!!!!

Love,
Kak Aishah n Abang Din

Saturday, January 12, 2008

Selamat Tahun Baru 2008/1429!

Assalamualaikum wbt.. dan Salam sejahtera, Adik-adik yang dikasihi...

Selamat Tahun Baru dan Salam Maal Hijrah buat semua. Pastinya masing-masing dah set matlamat yang 'power' tahun ni kan? Tambah lagi baru balik Program SuperMalaysianKids, mesti berapi-api semangat tu!
Kepada yang sudah membuat tiga langkah pesanan Kak Aishah, tahniah!yang belum? ni dia 3 langkah tersebut.
1. Tulis matlamat (matlamat-matlamat) anda - TAMPAL
2. Tulis nota dari poster-poster tempoh hari di atas kertas yang lebih besar dan pastikan ia berwarna-warni ada gambar-gambar dan nampak cantik lepas tu-TAMPAL
3. Buat jadual harian bermula bangun tidur hingga tidur semula di malam hari TAMPAL
(ibu bapa boleh bantu anak-anak membuat jadual harian)

Untuk pengetahuan semua Program SuperMalaysian Kids kini juga dikenali sebagai PROGRAM FOKUS UNTUK BERJAYA - SuperMalaysian Kids. Selepas ini ada beberapa program lain di bawah FOKUS UNTUK BERJAYA contohnya Konsert Motivasi NAZREY RAIHAN dan Abang Din (ALAUDDIN RAZALI-Master Coach FUB). Ya! Konsert oleh penyanyi terkenal Abang Nazrey Johaney dahulu penyanyi utama kumpulan nasyid antarabangsa RAIHAN dan beliau juga anak kelahiran negeri Sabah di Bawah Bayu.. nak tau? Beliau berasal dari Ranau, Sabah! Yess! Outstanding Sabahan! Orang Sabah bagus bah.. berita baiknya ada sesiapa mahu jadi Coach???? cepat-cepat buat tindakan positif, buat 'improvement' dan hantar email ke bayujati@yahoo.com. eh! kak Aishah tiada dalam Konsert Motivasi tu? Ada.. dia jadi Super MC!

Kepada Arpeace di Kudat, terima kasih kerana rajin bertanya khabar dan mengikuti blog FOKUS UNTUK BERJAYA ni.Blog di tujukan khas buat semua peserta program SuperMalaysianKids khasnya yang berada di negeri Sabah 'Land Below The Wind'.

Jumpa lagi moga tahun ini lebih banyak kejayaan yang kita kecapi! FOKUS UNTUK BERJAYA!!

Love,
Kak Aishah n Abang Din

Tuesday, January 1, 2008

Happy Time




Touching Moment




Hugs of Love 2




Hugs Of Love




A Lots of Fun