BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 16, 2009

WE LOVE OUR FRIENDS!!

KELUARGA FOKUS UNTUK BERJAYA!!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,

Pertama sekali Kak Aishah ingin ucapkan tahniah kepada Kak Ngah. Kalau anda semua puji blog ini cantik itu adalah hasil usaha seorang gadis yang tabah dan sentiasa FOKUS UNTUK BERJAYA. Dia adalah Samiihah Yusof (tak da kena mengena dengan Sami Yusof ya..). Anak muda baru berusia 18 tahun ini telah tabah menempuh cabaran selama dua bulan untuk belajar dan meningkatkan kecemerlangan dirinya dengan susah payah walaupun mesti berjauhan dengan keluarganya beribu kilometer ke Negeri Di Bawah Bayu. Mari kita semua doakan yang terbaik buat beliau yang sedang meneruskan pengajian di Kolej Islam Darul Ridzuan Perak.

Ada perkara yang sangat menarik ingin Kak Aishah kongsi bersama. Peristiwa pertemuan dua buah keluarga yang serius FOKUS UNTUK BERJAYA.

Ketika cuti sekolah yang lepas keluarga Husni Enterprise dan Bayu Jati Sdn. Bhd. bertemu di Kuala Lumpur khusus untuk 4 orang anak-anak yang telah pun mengikuti Program Kursus Fokus Untuk Berjaya. Mereka dengan penuh komitmen mengembara beribu kilometer mengikuti program yang juga sangat istimewa iaitu ESQ TRAINING TEENS - KL13. Mereka yang terlibat ialah Muhammad Hazwan, Nur Hasnidatul, Muhammad Helmi Izaan dan Nur Sabrina Iznie. Sangat membanggakan kerana untuk anak-anak, ibu bapa ini sanggup berkorban masa dan wang ringgit semata-mata untuk memberi yang terbaik buat anak-anak yang dikasihi. Betul-betul ibubapa yang FOKUS UNTUK BERJAYA!

Sedikit maklumat mengenai ESQ165. Kak Aishah sendiri merupakan alumni ESQ Executive Training-32 dan Mission & Character Building. Begitu juga Saudara Billi Lim penulis dan motivator yang sangat popular dengan bukunya DARE TO FAIL. Billi Lim adalah salah seorang sahabat dan 'sifu' yang terawal memberi tunjuk ajar kepada Kak Aishah untuk melakukan banyak perkara. Selain dari itu antara alumni adalah Mufti Perak (Kak Aishah berpeluang berkursus bersama di PICC Putrajaya dibimbing oleh Dr. Ary Ginanjar dihadiri lebih 1,000 orang peserta!), Mufti Pulau Pinang, Dr. Rubiah Kulup Hamzah, Muhamad Muqharabbin-pendaki Gunung Everest dan ramai lagi dari berbagai latarbelakang dan agama. Ulasan ESQ165 oleh USTAZ ZAHARUDDIN BUKA DISINI.(sharing peserta di sini)

Amat mengkagumkan sikap ibubapa ini yang tidak berkira dan sanggup pula menempuh pelbagai cabaran asalkan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik. Terutama buat Puan Raini yang sentiasa tersenyum walau sedang mengharungi kesakitan dan bersikap amat optimis untuk kejayaan anak-anaknya. Kak Aishah mendoakan agar silaturrahim antara kedua-dua keluarga berkekalan dalam kasihsayang Allah swt sehingga bertemu Allah di syurgaNya kelak.


Tahniah kepada Hazwan@Oyot@Toriq, Hasnida, Helmi dan Iznie@Sabrina! Sebarkanlah kebahagiaan kepada keluarga dan teman-teman kamu.Bersihkan hati dan minda mu dari sebarang belenggu dan sentiasa FOKUS UNTUK BERJAYA!!

Kepada anda yang belum merasai pengalaman program Fokus Untuk Berjaya Kak Aishah mengalu-alukan anda sertai kami dan rasailah pengalaman BELAJAR ITU AMAT SERONOK!! Tak percaya?? Hmm..belum terai..belum tau...Sudah tahu nanti akan menyintai proses belajar dan mencapai kejayaan yang diidam-idamkan..Insya'Allah Ta'ala..

Wasalam dan terima kasih, maaf zahir dan batin.

From Taiping With Love,

Kak Aishah & Abg Alauddin

Lovely people from-Land Below The Wind

Sunday, May 24, 2009

SWEET MEMORIES

Sunday, May 3, 2009

IF YOU BE IN PAPER

Potongan akhbar Utusan Borneo di halaman 4 (ISNIN, 4hb MEI,2009) mengulas mengenai program yang dijalankan selama lima hari. Buat para pelajar dan pihak skolah yang terlibat...terima ksih diucapkan kerana memberi komitmen sepanjang program dijalankan. Terima kasih juga kepada Husni Enterprise yg memberi sumbangan dalam menganjurkan program tersebut. Sesungguhnya kesedaran untuk berubah penting dalam menentukan hala tuju kita.

"FOKUS UNTUK BERJAYA"


Friday, May 1, 2009

RESPON BALAS FUB

Diharapkan korang semua sihat sejahtera dan sentiasa bersemangat untuk mencapai cita2.. barulah itu dinamakan 'pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara" terlebih dulu kakngah perkenalkan diri..pada yang still ingat kakngah..terima kasih..sesungguhnya kakngah memang sgt berbaloi n betuah dapat mgenali korang semua..kepada pembaca2 yang baru sahaja jumpa blog nih..kakngah ucapkan 'selamat datang' dan diharapkan blog nih mnjadi wadah bicara buat kita dan membawa manfaat kepada diri kita.insyallah.

Setelah sempurna dengan jayanya program yang telah kami jalankan dibeberapa buah sekolah.. ni hasil atau Assalamualaikum dan selamat utuk setiap hari...=)pon comment respon daripada sebahagia pelajar daripada 1700 orang. kakngah mohon kemaafan kepada pelajar yang commentnnya tidak kakngah postkan..maaf ya dek.

NAMA: ZUNAIDAH KUMILAU
TING: 3 PT 1
SKOL :SMK KOTA MARUDU
CMNT: Seminar ini dapat memotivasikan diri saya dan saya harap program ini akan berterusan.

NAMA: MOHD ISA B. ETIT
TING: 6 ATAS
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Saya lebih suka penerangan secara ini.

NAMA: NOSIA BINTI HILOR
TING: 3 KT 1
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMT : Saya gembira kerana ceramah ini berjaya membina jati diri saya. Ia sangat berkesan.Terima ksih"penceramah".

NAMA: NOR AMNI B. MOHD SHUKRI
TING: 6 ATAS
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Interaktif, menarik dan sesuai kepada pelajar.Kaedah pembelajaran amat sesuai dan membantu.

NAMA:JERRY WINDHAM B. KOL HOO
TING: 6 ATAS 5
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Amat menyeronokan, memberi motivasi dan membolehkan pembinaan keyakinan. Sentiasa menganjurkan ceramah ini.

NAMA:ALEX NEGO GUSTIN
TING: 6 ATAS 3
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT:Good and so good. Thanks for all. Harap program ini berterusan. Program ini sangat baik untuk saya.

NAMA:INA MADELA N
TING: 6 ATAS 1
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Perbanyakkan lagi kaedah penyampaian. Tapi apapun i love u.

NAMA:EVERETTY JANIM
TING: 6 ATAS 3
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Sangat menyeronokkan dan saya sangat berpuas hati dan semoga kawan-kawan lain turut mendapat faedah dalam program ini. Just keep it up!

NAMA: DEBORAH BT. BUNKAL
TING: 6 ATAS 3
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Sangat menyeronokkan dan berupa hiburan.Penerangan yang berkesan dan sangat jelas. Semoga program FOKUS UNTUK BERJAYA akan sentiasa diadakan dan akan diteruskan untuk memberi dan meningkatkan motivasi kepada pelajar terutamanya.

NAMA: AMNAH ATALIP
TING: 6 ATAS CEKAL
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Sangat baik, seronok dan membantu. Program seminar kecemerlangan diri ini sangat seronok dan membantu pelajar. Diharapkan program ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.

NAMA:MARSYANNA MOLUMIN
TING: 6 ATAS 1
SKOL: SMK KOA MARUDU
CMNT: Sangat hebat dan sangat menarik. Saya ingin menyertai program ini lagi. Adakan lagi program seperti ini. Terima kasih. FOKUS UNTUK BERJAYA...Yes!!

NAMA: MARCELLA JUMAT
TING : 3 PK 1
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Sangat menyeronokkan sekali..

NAMA: JULIA RASMAN
TING: 6 ATAS DEDIKASI
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: They teach us how to think positively. Dapat membina keyakinan diri saya. Ianya sangat berkesan dan diharapkan agar diadakan lagi seminar seperti ini pada masa-masa akan datang.

NAMA: JOANNA SAKING
TING: 6 ATAS 4
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Saya ingin menyertai program ini lagi. Kaedah yang sangat simple tapi berkesan. Belajar dengan kamu sangat seronok. Selalu selalulah datang.

NAMA: ALBANEY MODUIT
TING: 6 ATAS 2
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Ceramah ini sangat baik dan menyeronokkan. Saya harap ada lagi program ini pada masa akan datang.

NAMA: AZLINA AMIR
TING: 6 ATAS 1
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Kaedah ini amat sesuai dengan saya kerana ia menghiburkan dan komunikasi yang baik . Aktiviti yang dijalankan memberi ransangan yang amat baik.

NAMA: IRY ANNE DANNY
TING: 3 KT 1
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Ceramah ini sangat baik dan sangat berkesan. Banyak yang saya dapat dari ceramah ini.

NAMA: LEDDVINA BORMIN
TING: 3 KMT A
SKOL: KOTA MARUDU
CMNT: Tiada apa-apa yang harus saya komen kerana program ini sangat memuaskan. Kekalkan cara yang telah anda gunakan.

NAMA: A RAYNER ROBERT
TING: 6 ATAS 1
SKOL; SMK KOTA MARUDU
CMNT: Panjangkan masa seminar

NAMA: SITI HAJAR BT. RUSLAN
TING: 6 ATAS CERDAS
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Seminar yang pertama kali saya ikuti yang sangat menyeronokkan. Terima kasih.Program ini sangat baik. Tingkat usaha anda.

NAMA: MONICA JAITIN
TING: 6 ATAS 2
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Terima kasih atas ilmu yang diberikan.Yes!!!

NAMA: ERNIE DAIPIN
TING: 6 ATAS 2
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Saya amat berpuat hati. Sangat berkesan. Mengadakan lebih banyak aktiviti seumpama ini di Kota Marudu.

NAMA: MURNI BT. PARMAN
TING: 6 ATAS 4
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Kaedah ini amat sesuai kerana program ini banyak memberi bagaimana membina motivasi untuk diri sendiri. Kaedahnya juga banyak meningkatkan keyakinan diri.

NAMA: SYAIDATUL SAIMA RAMLAN
TING: 6 ATAS
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Kaedah yang ditunjukkan sesuai untuk kami yang mahu belajar dengan seronok tanpa tekanan. Juga dapat menambahkan keyakinan diri.

NAMA: IYANNA MUHAMMAD
TING: 6 ATAS 5
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Progam ini amatlah bagus disamping menekankan pelbagai ceramah motivasi,ia menerapkan unsur-unsur ceria.Kaedahnya adalah mudah untuk difahami.

NAMA: MEITA GINDAM
TING: 6 ATAS 2
CMNT: Dapat meningkatkan motivasi diri saya. Saya lebih yakin.Sangat menarik. Program ini perlu dilaksanakan pada masa-masa akan datang.

NAMA: RAIMONA CHIN
TING: 6 ATAS 5
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Kaedah ini sesuai untuk meningkatkan pemahaman tentang pembelajaran yang baik. Kaedahnya dapat meningkatkan teknik-teknik belajar yang berkesan.

NAMA: SALMIAH LIMBUN
TING: 6 ATAS 2
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: I love you all.

NAMA: ROZALIA MOTIUS
TING: 6 ATAS 4
SKOL; SMK KOTA MARUDU
CMNT: Kaedah yang membantu dan panjangkan masa lagi.

NAMA: EWENAH MADIN
TING: 6 ATSA DEDKASI
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Thanks for everything...We love u all..kaedah ini membantu kami dalam aktiviti/tugasan harian kami serta mmbentuk diri kami dan mengenali diri sendiri. Saya harap seminar ini akan terus dikekalkan.

NAMA:ELBINAH JAMES
TING: 6
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: BEST!!!!! Love u penceramah! Saya sangat berpuas hati dengan cermah yang diberikan.

NAMA: NUR SHAHFIYNA BT. ALI HASSAN
TING: 6 ATAS 4
SKOL : SMK KOTA MARUDU
CMNT: Sangat bagus dan saya akan mencuba kaedah yang diberikan. Terima kasih banyak2. Teruskan megadakan seminar.

NAMA: SITI NURAIN ZALIZAN
TING: 3 PT 2
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Pendapat saya,saya sangat terhibur dengan semua yang diajar dan baik buat saya..dapat membantu diri supaya menjadi yang terbaik.

NAMA: NORAIZAH BTE SIPIN
TING: 3 PT 2
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Pada berpendapat saya program ini amat baik dan kaedah ini dapat membantu diri saya kerana ianya dapat meningkatkan pengetahuan saya. Saya berhasrat agar program ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan.

NAMA: FELIAA YUNG
TING: 3 PK 1
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Sesuai untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti PMR, SPM, STPM
Program seminar ini patut dijalankan disemua sekolah agar pelajar- pelajar dapat mengetahui cara-cara meningkatkan pegetahuan.

NAMA: NUR AFFIQAH
TING: 3
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Fakta yang disampaikan sangat bagus dan lebih mengagumkan.

NAMA:DEZER DEIDRE DWS
TING: 6 SCIENCE
SKOL : SMK KOTA MARUDU
CMNT : Kaedah in amat sesuai tetapi masa yang tidak mencukupi. Namun sudah cukup
cemerlang untuk pelajar.

NAMA: ELLIVIEZURA SARDI
TING: 6 ATAS 2
SKOL; SMK KOTA MARUDU
CMNT: Thank for everything......we love both of u...Kaedah ini membantu kami dalam membentuk dan memahami diri sendiri. Semoga kursus/seminar ini akan diadakan pada masa akan datang sebab ia berguna kepada remaja seperti kami.

NAMA: MILA G
TING: 6 ATAS 1
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: I love u.......saya pasti berjaya..yes!!!!..datang lagi lain kali.

NAMA: WONG KIAN HONG
TING: 6 UPPER SIX SCIENCE
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Suitable for us!!! melalui hiburan yang membina,ia membina motivasi kami untuk berjaya.Dilaksanakan lagi di bahagian perkampungan dan pendalaman.

NAMA: MARIATI RAMIN
TING: 6 ATAS 1
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Kursus ini amat sesuai pada saya. Sambil belajar,saya juga gembira dan seronok. Memang banyak dapat membantu saya. Ilmu ini akan saya manfaatkan. Saya suka program seminar ini. Tambahkan lagi seminar seperti ini untuk memantapkan lagi minda pelajar

NAMA: BIANY MIKIN
TING: 6 ATAS 2
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Enjoy!First time mengikuti kursus motivasi seperti ini..thanks..i love u..Anda telah mengubah pandangan saya terhadap diri saya.

NAMA: NURHAYATI BT RAZALI
TING: 6 ATAS 2
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Bagus dan menyeronokkan .Dapat membantu menyelesaikan masalah study saya. Semoga BAYU JATI SDN.BHD. Teruskan usaha program sebegini untuk membantu pelajar dalam pelajaran.

NAMA: WIDIAH KAIT
TING: 6
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Semuanya HEBAT..terima kasih. membantu meberikan motivasi untuk mencapai matlamat.Sekiranya ada peluang,saya harap dapat menyertai program-program yang di anjurkan.Adakan lebih banyak motivasi seperti ini,terutamanya di kawasan pendalaman demi mendorong dan memberikan motivasi kepada penduduk supaya lebih bersemangat menggapai kejayaan.

NAMA: RANI WELEAN
TING: 6 ATAS 1
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Menyeronokkan dan tidak membosankan.HEBAT GITU LO.....

NAMA: MAICEH LINDA MANERIE OSMAN
TING: 3 PK 1
SKOL: SMK KOTA MARUDU
CMNT: Dapat membantu saya supaya yakin pada diri sendiri.

Wednesday, April 15, 2009

FUB 2009 KINI KEMBALI


Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera adik-adik semua....

Program seminar kecemerlangan diri FOKUS UNTUK BERJAYA kini kembali. Nantikan kedatangan kami di:

1. SMK PITAS
PADA 20 APRIL 2009 dan

2. SMK KOTA MARUDU
PADA 21/22 APRIL 2009