BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 16, 2009

WE LOVE OUR FRIENDS!!

KELUARGA FOKUS UNTUK BERJAYA!!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,

Pertama sekali Kak Aishah ingin ucapkan tahniah kepada Kak Ngah. Kalau anda semua puji blog ini cantik itu adalah hasil usaha seorang gadis yang tabah dan sentiasa FOKUS UNTUK BERJAYA. Dia adalah Samiihah Yusof (tak da kena mengena dengan Sami Yusof ya..). Anak muda baru berusia 18 tahun ini telah tabah menempuh cabaran selama dua bulan untuk belajar dan meningkatkan kecemerlangan dirinya dengan susah payah walaupun mesti berjauhan dengan keluarganya beribu kilometer ke Negeri Di Bawah Bayu. Mari kita semua doakan yang terbaik buat beliau yang sedang meneruskan pengajian di Kolej Islam Darul Ridzuan Perak.

Ada perkara yang sangat menarik ingin Kak Aishah kongsi bersama. Peristiwa pertemuan dua buah keluarga yang serius FOKUS UNTUK BERJAYA.

Ketika cuti sekolah yang lepas keluarga Husni Enterprise dan Bayu Jati Sdn. Bhd. bertemu di Kuala Lumpur khusus untuk 4 orang anak-anak yang telah pun mengikuti Program Kursus Fokus Untuk Berjaya. Mereka dengan penuh komitmen mengembara beribu kilometer mengikuti program yang juga sangat istimewa iaitu ESQ TRAINING TEENS - KL13. Mereka yang terlibat ialah Muhammad Hazwan, Nur Hasnidatul, Muhammad Helmi Izaan dan Nur Sabrina Iznie. Sangat membanggakan kerana untuk anak-anak, ibu bapa ini sanggup berkorban masa dan wang ringgit semata-mata untuk memberi yang terbaik buat anak-anak yang dikasihi. Betul-betul ibubapa yang FOKUS UNTUK BERJAYA!

Sedikit maklumat mengenai ESQ165. Kak Aishah sendiri merupakan alumni ESQ Executive Training-32 dan Mission & Character Building. Begitu juga Saudara Billi Lim penulis dan motivator yang sangat popular dengan bukunya DARE TO FAIL. Billi Lim adalah salah seorang sahabat dan 'sifu' yang terawal memberi tunjuk ajar kepada Kak Aishah untuk melakukan banyak perkara. Selain dari itu antara alumni adalah Mufti Perak (Kak Aishah berpeluang berkursus bersama di PICC Putrajaya dibimbing oleh Dr. Ary Ginanjar dihadiri lebih 1,000 orang peserta!), Mufti Pulau Pinang, Dr. Rubiah Kulup Hamzah, Muhamad Muqharabbin-pendaki Gunung Everest dan ramai lagi dari berbagai latarbelakang dan agama. Ulasan ESQ165 oleh USTAZ ZAHARUDDIN BUKA DISINI.(sharing peserta di sini)

Amat mengkagumkan sikap ibubapa ini yang tidak berkira dan sanggup pula menempuh pelbagai cabaran asalkan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik. Terutama buat Puan Raini yang sentiasa tersenyum walau sedang mengharungi kesakitan dan bersikap amat optimis untuk kejayaan anak-anaknya. Kak Aishah mendoakan agar silaturrahim antara kedua-dua keluarga berkekalan dalam kasihsayang Allah swt sehingga bertemu Allah di syurgaNya kelak.


Tahniah kepada Hazwan@Oyot@Toriq, Hasnida, Helmi dan Iznie@Sabrina! Sebarkanlah kebahagiaan kepada keluarga dan teman-teman kamu.Bersihkan hati dan minda mu dari sebarang belenggu dan sentiasa FOKUS UNTUK BERJAYA!!

Kepada anda yang belum merasai pengalaman program Fokus Untuk Berjaya Kak Aishah mengalu-alukan anda sertai kami dan rasailah pengalaman BELAJAR ITU AMAT SERONOK!! Tak percaya?? Hmm..belum terai..belum tau...Sudah tahu nanti akan menyintai proses belajar dan mencapai kejayaan yang diidam-idamkan..Insya'Allah Ta'ala..

Wasalam dan terima kasih, maaf zahir dan batin.

From Taiping With Love,

Kak Aishah & Abg Alauddin

Lovely people from-Land Below The Wind