BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 17, 2008

MALAYSIA DEMAM... BERITA GEMPAR!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

hai... Apa khabar? lama tak hantar berita ya.. Nampaknya seluruh negara demam dan masih belum sembuh lagi. PRU ke-12 ternyata amat hangat sehingga segenap masyarakat fokus penuh kepada PRU ke-12 ini. Oleh itu program cuti sekolah Mac '08 FUB-SMK terpaksa ditangguh ke bulan Jun 2008. Apa pun yang penting pastikan kejayaan terhadap para pelajar kita untuk masa depan mereka terutama pelajar UPSR, PMR,SPM dan STPM 2008.

Itu kisah Malaysia demam... jom kita sihatkan semula!

BERITA GEMPAR!!
Bermula Program bulan Jun 2008 di Sabah Saudara Nazrey Johani ex-Raihan yang telah unggul di persada seni Malaysia dan antarabangsa akan bersama kita semua sebagai salah seorang Master Coach. Beliau akan memantapkan lagi Program Fokus Untuk Berjaya-SuperMalaysianKids (FUB-SMK) terutama untuk mengeratkan perhubungan dengan ibubapa dan peserta. Hmmm. gembira? Kepada graduate FUB-SMK 2007 inilah peluang keemasan anda untuk buktikan bahawa anda layak menyertai kami sebagai 'coach' yang akan berpeluang berkenal rapat dengan Abang Nazrey yang 'cool' dan 'handsome' ni... bayangkan anda dapat meningkatkan kemahiran 'leadership' dan seterusnya berpengalaman mencungkil bakat bersama Abang Nazrey, Abang Alauddin dan Kak Aishah secara PERCUMA!!!!!! cepat Nida.. penuhi syarat dan 'contact' kak Masfufah.

yEAhhh...!FOKUS UNTUK BERJAYA!!!

Kita semua keluarga FUB-SMK mengalu-alukan Abang Nazrey Raihan yang sememangnya anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau ini. Serba sedikit mengenai beliau ialah seorang yang komited dan bekerja dengan sepenuh hati. Beliau amat bersungguh-sungguh dalam menyampaikan mesej motivasinya dengan gayanya yang tersendiri. Sejak bergerak secara solo beliau telah menjelajah seluruh pelusuk Malaysia berceramah dan menghibur untuk segenap lapisan masyarakat termasuk pelajar di IPTA seperti USM dan UTM serta pelajar sekolah rendah dan menengah dengan lebih aktif lagi.

Bersama Bayu Jati beliau menjayakan program KONSERT MOTIVASI AMAL yang dijayakan dengan penglibatan Persatuan Usahawan Muda MRSM Tun Ghaffar Baba, Jasin, Melaka -20hb April 2007 dan MRSM Taiping, Perak - 21hb Julai 2007 . klik blog kak Aishah (www.the-heroes-borntowin.blogspot.com)

Persahabatan ini sama-sama dimanfaatkan untuk pelajar yang sangat memerlukan dorongan dan ilmu bagi menjayakan diri dan menghargai pengorbanan ibu bapa yang memelihara dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan harapan. Khususnya para pelajar di Negeri di Bawah Bayu tempat kelahiran dua Master Coach Bayu Jati Sdn. Bhd. iaitu Abang Nazrey dan Kak Aishah. Di mantapkan oleh Abang Alauddin yang merupakan suami kepada kak Aishah mudah-mudahan ini akan memberi suntikan deruan kearah kejayaan para pelajar yang dikasihi dan mudah-mudahan memenuhi harapan para ibubapa di negeri Sabah tercinta.

Jadi kepada anda yang belum membuat tempahan cepat-cepatlah hubungi staf Bayu Jati Sdn. Bhd. untuk mendapatkan tempat yang sememangnya terhad. Pendaftaran awal melayakkan anda mendapat tawaran promosi peserta awal. (Cik Masfufah 012-505 6757)

Sehingga kita bertemu lagi, pesanan kak Aishah, MATLAMAT TANPA TINDAKAN ADALAH ANGAN-ANGAN, oleh itu ingat semula Formula Unggul Untuk Berjaya, aturkan strategi dan PANTAU tindakan anda sehingga anda mendapat hasil yang dikehendaki. Insya"ALLAH and pasti berjaya!

salam kasih sayang dan FOKUS UNTUK BERJAYA!!!

Love,
Kak Aishah
From Taiping With Love