BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 15, 2008

Bulan Febuari 2008 sangat istimewa..

Salam...

Hai! Apa khabar semua? hai Jonathan di Ranau!Syafiq, Suraya, Shikin ermm... ya ada lagi.. ramai.. dan Nida yang suka 'menyaya' orang.. apa khabar? Ismail@Fazrul.. mana Faiz Hairil?Afif? Bibi Kecil? Nurul? erm... dan... yang rajin sms, telefon dan bertanya khabar tu terima kasih kerana 'keep in touch' selalu..

Bulan Febuari 2008 ini sangat istimewa kerana.. siapa tahu? saya! saya! saya! ha.. ha.. ingat lagi? siapa tu yang suka berebut-rebut dapat markah tu..? ya.. istimewa kerana hanya empat tahun sekali kita akan melalui 29hb Febuari. Tahun ini adalah tahun lompat! Tentu istimewakan. Jadi kak sha cadangkan buatlah matlamat 4 tahun untuk dicapai pada 29hb Febuari 2012. Kak Shah? mahu tahu? Kak Aishah berazam untuk menguasai Bahasa Arab dalam masa 4 tahun ini. Doakan ya.. jadi kita tunggu 29hb 2012 nanti.. Anda bagaimana?

Untuk pengetahuan semua telah beberapa kali perjumpaan semula peserta FUB-SMK diadakan di pejabat Bayu Jati Sdn. Bhd. di Papar.Tidak semua dimaklumkan kerana mengambil kira lokasi kamu masing-masing yang agak jauh. Perjumpaan ini diadakan dalam tempoh kurang dari 1 jam. Sebab itulah tak panggil semua. Jangan marah ya..

Perkembangan yang amat baik dan kak Aishah sangat gembira mengetahuinya, ramai yang hadir memberi tahu perubahan positif yang sangat mendadak berlaku kepada diri masing-masing. Bukan hanya berlaku kepada dirinya sendiri tetapi juga dalam keluarga termasuk ibu bapa dan adik beradik yang lain.. Alhamdulillah..

Ini beberapa maklumbalas dari rakan-rakan anda;

Setiap hari saya hendak pergi ke sekolah saya akan memandang ke dalam cermin, senyum kepada diri saya dan genggam tangan kuat-kuat sambil berbisik FOKUS UNTUK BERJAYA! Guru Bio saya hairan melihat saya aktif dan ceria di dalam kelas sedangkan sebelum tahun ini Cikgu memang bersedia melihat saya tertidur ketika subjek Bio diajarkan.. Sukar untuk ditafsirkan namun saya amat berterima kasih kepada mama yang telah berkorban untuk kejayaan SPM tahun ini dan saya berazam untuk mendapat 10A SPM 2008, masuk universiti dan menggenggam segulung ijazah bersama mama, Insya'Allah!
Bibi Farizah, SMK Majakir, Papar.

Saya amat menyesal membuang waktu dengan sia-sia sebelum ini. Sejak dari darjah satu sehingga tahun lepas saya tidak menyedari yang saya benar-benar telah mensia-siakan kebolehan diri saya dan telah mengecewakan ibu dan bapa saya yang berpenat lelah mencari nafkah untuk persekolahan kami. Saya kini telah jelas dengan matlamat saya dan saya akan mempastikan ibu bapa saya bangga terhadap saya walau di mana mereka berada. Itu janji saya. Terima kasih kepada Kak Aishah dan Abang Alauddin yang telah bersungguh-sungguh membimbing kami sehingga saya kini benar-benar jelas terhadap matlamat hidup saya. Kami sekeluarga semakin mesra dan lebih baik sekarang.

Mohd. Ismail Sulaiman, SMK Benoni, Papar.

Saya lebih berdisplin dan insaf pengorbanan ibu bapa saya selama ini. Saya amat berterima kasih kepada ibu saya Puan Taisah yang menghantar saya ke Program Fokus Untuk Berjaya - SuperMalaysianKids. Sekarang saya lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dan menyuarakan pendapat saya. Sebelum ini saya adalah pelajar yang pendiam dan agak pemalu. Saya lebih gembira sekarang dan semoga Allah memberi kebaikan kepada ibu bapa saya juga kepada Abang Alauddin, Kak Aishah dan kedua-dua Kak Mas juga kepada Abang Firdaus. Saya berusaha untuk mendapat 17A dalam SPM saya nanti. Terima kasih.

Mohd. Hafiz, Kudat, Sabah.

Banyak lagi maklumbalas yang kami terima termasuk dari ibu bapa pelajar. Terima kasih kepada anda semua peserta FUB-SMK Dis'07. Tahniah! Kami mendoakan semoga matlamat anda akan tercapai dan lebih bahagia bersama keluarga tersayang. Kepada yang jauh di Pantai Timur Sabah silalah hubungi kami dengan mengirim email atau sms agar perhubungan kita akan berpanjangan. Jangan lupa kongsikan pengalaman dan ilmu yang anda miliki dengan kawan-kawan juga adik-beradik serta ibu bapa agar ilmu tersebut semakin kukuh dalam jiwa anda. Salam kasih sayang dari kami, sehingga kita bertemu lagi FOKUS UNTUK BERJAYA! Sabah bagus, bah..!

Lots of Love,

kak Aishah & Abang Alauddin

p/s Abang Din ada di Sabah ni, hmm peserta gentleman tak nak ambil kesempatan jumpa ka..?